Berminat mempelajari Seni Bela Diri Perguruan Tiga Serangkai ?

Gelanggang Utama : No 8 , Jalan KJ52 , Taman Kerubong Jaya , 75250 , Melaka , Malaysia .
Untuk Buka Gelanggang atau menjadi ahli Persatuan Seni Silat Perguruan Tiga Serangkai ,
boleh hubungi kami melalui nombor / email / facebook di bawah :

Phone number : 0142677784 , 0176478358
Email : pssp3sm@gmail.com

Monday, 24 September 2012

Salam Perkenalan

*Gambar Kenangan ketika di Festival Hang Tuah 2011

*Logo Kerabat Persatuan

Assalamualaikum dan salam sejahtera . Tanggal 14 January 2003 adalah tarikh rasmi bagi pertubuhan Seni Silat kami yang dengan nama rasminya ; 'Persatuan Seni Silat Perguruan Tiga Serangkai Negeri Melaka' . Setelah bertahun - tahun merantau di negeri orang untuk memperoleh ilmu persilatan yang cukup , Guru Utama kami 'Atok Shahputra akhirnya pulang ke Malaysia lalu beliau menubuhkan Persatuan Seni Silat ini . 

    Visi utama penubuhan silat ini adalah untuk membasmi kegiatan sosial yang tidak bermoral , melahirkan belia yang bersemangat , yakin dan berani untuk menempuh halangan atau cabaran di zaman yang serba moden ini dan memupukkan semangat cintakan warisan bangsa . Matlamat penubuhan seni silat ini pula adalah untuk mengembangkan Seni Silat warisan Perguruan Tiga Serangkai dalam kalangan masyarakat , mahupun dunia .

    Persoalannya kini , setelah bertahun - tahun Seni Silat ini ditubuhkan , mengapa baru kini blog Persatuan kami ditubuhkan? . Dengan senyuman , saya sendiri berusaha mencari jawapan bagi persoalan itu . Sinis otak saya menjawab kembali soalan itu ' Ya mungkin beberapa tahun lalu belum ada ahli silat kami yang berani untuk melebarkan sayap persatuan di dunia Maya' .

   Tapi kini zaman sudah berubah , mahu atau tidak , demi mengembangkan populariti Persatuan , kita harus mencuba sesuatu yang baru . Jadi saya , tanpa rasa ragu mencipta blog ini untuk membantu melebarkan sayap persatuan . Mungkin dengan kelebihan ini , kami boleh mencari lebih ramai ahli baru untuk menyertai Persatuan .
 
   Jadi , ikhlas dari hati saya ucapkan , salam perkenalan kepada mereka yang sudi membaca dan memeriahkan blog ini . Insya Allah jika panjang umur , akan saya coretkan kisah suka duka Guru Utama Persatuan Atok Shah Putra dalam mengembangkan Seni Silat Perguruan Tiga Serangkai . Semoga kita semua sentiasa diberkati dan dirahmati Allah s.w.t. tidak kira di mana pun kita berada .

assalamualaikum ..

Penulis - Muhammad Akhir bin Mohd Fadzil


2 comments:

Shizukaz Sue said...

done follow...wah blog silat =)

AkhiRoyz Fadzil said...

t'kasih , haha yea ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...